Pinjaman Peribadi RHB: Kadar Sektor Awam & Swasta 2026

Kadar disemak pada daripada laman rasmi RHB. Produk: Personal Financing-i (patuh Syariah).

Sebahagian kadar RHB hanya diberi selepas permohonan (sebut harga), jadi tiada jadual untuknya.

RHB Personal Financing-i untuk sektor awam menggunakan kadar terapung berasaskan baki berkurangan, bukan kadar rata tetap. Walaupun jadual bayaran rasmi RHB turut memaparkan "kadar rata setara" untuk rujukan.

Kenapa jadual di atas tidak dipaparkan untuk RHB

Jadual bayaran bulanan rasmi RHB bagi sektor awam memasukkan yuran kutipan 1.5% sebulan yang dikenakan oleh Biro Perkhidmatan ANGKASA. Ini bermakna ansuran sebenar yang anda bayar sedikit lebih tinggi daripada kalau dikira semata-mata daripada kadar rata setara yang diiklankan (2.63% hingga 2.73% setahun bergantung tempoh, 2-10 tahun). Kalkulator kadar rata biasa. Termasuk kalkulator di laman ini. Tidak dapat mengira yuran tambahan ini dengan tepat, jadi kami memaut terus ke jadual rasmi RHB untuk angka ansuran sebenar.

Sektor swasta: kadar dinilai secara individu

Bagi sektor swasta, RHB tidak menerbitkan satu kadar tetap. Pemohon dinilai mengikut tahap risiko dan ditawarkan salah satu daripada beberapa peringkat kadar keuntungan efektif (contohnya peringkat 24% setahun bersamaan kadar rata setara sekitar 13-15%, atau peringkat 20% setahun bersamaan sekitar 11-12%). Kadar sebenar anda hanya diketahui selepas permohonan dinilai.

Lihat jadual bayaran rasmi

Untuk angka ansuran bulanan yang tepat termasuk yuran kutipan, rujuk jadual bayaran rasmi RHB (PDF).

Waktu cawangan

Waktu operasi cawangan berbeza mengikut lokasi, hari kerja dan cuti umum (termasuk Jumaat). Semak locator / cawangan rasmi bank berkenaan. Sempit tidak menyimpan jadual jam buka.

Cari kadar bank lain

Anggarkan ansuran kadar rata biasa dengan kalkulator ansuran, atau lihat kadar bank lain.