Kalkulator ansuran pinjaman peribadi

Untuk pinjaman kadar rata (flat rate), iaitu cara kebanyakan bank di Malaysia mengiklankan pinjaman peribadi. Faedah dikira atas jumlah asal sepanjang tempoh. Formula: ansuran = (pokok + pokok × kadar × tahun) ÷ (tahun × 12).

Ansuran bulanan

Jumlah faedah

Jumlah bayaran balik

Kadar rata, kadar efektif, dan OPR

Angka % pada skrin ini ialah kadar rata, bukan kadar efektif (setara baki berkurangan). Kadar rata 4.5% biasanya jauh lebih rendah daripada kadar efektif untuk tempoh yang sama. Baca kadar rata vs baki berkurangan sebelum bandingkan bank.

OPR (kadar dasar BNM) lebih kerap menjejaskan produk terapung seperti banyak pinjaman perumahan. Pinjaman peribadi kadar rata tetap biasanya tidak berubah ansuran setiap kali OPR bergerak, melainkan PDS anda menyatakan sebaliknya. Jika bank menyatakan Kaedah 78 / Method 78, settle awal boleh terasa lebih mahal daripada jangkaan flat semata-mata.

Anggaran sahaja. Bank mungkin mengenakan duti setem, insurans atau yuran lain. Lihat kadar setiap bank.